Kool FM

“You Don’t Do That Mum..” – Engku Aleesya Kantoikan Rutin Harian Erra Fazira Buat Warganet Terhibur

Prank kongsi rutin harian anak-anak kepada iba bapa telah menjadi trend terbaru yang menjadi ikutan bukan sahaja orang ramai, malah selebriti-selebriti tanah air turut melakukan prank tersebut terhadap insan tersayang mereka. Selalu kita lihat di ruangan media sosial anak-anak yang mengenakan ibu bapa mereka, namun kini terbalik pula apabila selebriti cantik ini prank anaknya pula. Siapa lagi kalau bukan pelakon dan penyanyi jelita Erra Fazira dan anaknya, Engku Aleesya.

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik oleh Erra di Instagram miliknya, Erra berkongsi rutin harian sepanjang hari yang dilakukan bersama anaknya, namun reaksi Aleesya yang terkejut dan tidak dapat menahan diri daripada ketawa mendengar pengakuan ibunya itu sangat menghiburkan dan mendapat perhatian orang ramai. Lebih menarik lagi apabila pengakuan Erra yang seakan ‘propa’ itu dibongkarkan satu persatu oleh Aleesya. Aduhai Erra, kantoi ‘busuk’ di situ! Hihihi..

Baca juga: “Terkenoo!” – Aedy Ashraf Hilang Macho Buat Posing Gaya ‘Ayu’Prank Safwan Nazri Mencuit Hati Warganet

Menurut Aleesya, rutin harian yang dikongsikan oleh ibunya itu jauh berbeza sekali dengan apa yang sebenarnya berlaku. Erra berkata selepas subuh dia akan pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan membuat sarapan untuk Aleesya. Kemudian di petang hari dia akan bersenam namun kenyataan itu pantas dicantas oleh Aleesya. Menurut Aleesya, selepas 10 minit solat subuh, ibunya akan tidur semula dan bangun pada jam 10 pagi, mandi dan turun ke bawah untuk tunggu Aleesya habis kelas.

Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikut Erra dan rakan-rakan selebriti yang turut terhibur melihat reaksi Aleesya yang ketawa terbahak-bahak seolah-olah tidak dapat menerima pengakuan ibunya itu. Boleh dikatakan trend kongsi rutin harian ini dimenangi oleh Erra dek kerana gelagat spontan anaknya itu sangat di luar jangkaan. Ada juga dalam kalangan mereka yang berkata Aleesya tampak lebih ceria dan bahagia berada di samping ibunya yang jelita itu. Alahai, comel je!

Apa-apa pun ini semua hanyalah prank semata-mata. Jangan ada yang ambil serius pula ya! Seronok apabila melihat gelagat dua beranak ni yang saling tak tumpah kecantikan mereka. Kejelitaan Erra amat terserlah seakan tidak dimamah usia, begitu juga dengan Aleesya yang tampak sangat menawan seperti ibunya. Semoga lepas ni tak ‘kantoi’ lagi la ya Erra! Hiks.

Baca juga:Erra Fazira Barbie Malaysia? – Kekal Awet Muda, Segak Bergaya dan Stylo

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Erra Fazira

Exit mobile version