Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

11 Simptom Long COVID Kepada Bekas Pesakit Pandemik COVID-19 Untuk Pengetahuan Semua

today30 June 2021

Background

Penularan wabak pandemik COVID-19 boleh diibaratkan seperti air laut yang secara semula jadi mempunyai sistem air pasang surut mengikut musim di setiap negara. Gambaran ini adalah merujuk kepada jumlah kes positif dalam negara kita yang seolah-olah tidak setara kerana kadang kala kes meningkat dan esoknya pula kes menurun, begitu juga sebaliknya. Umum mengetahui simptom untuk mengesan gejala merbahaya ini dalam diri seseorang individu mempunyai pelbagai bentuk iaitu demam, sakit tekak, pening kepala, cirit-birit, hilang deria bau dan rasa, sesak nafas, batuk dan lain-lain lagi.

Namun begitu, tahukah anda walaupun sudah bebas daripada jangkitan COVID-19, bekas pesakit ini boleh mempunyai risiko untuk menghadapi simptom kekal atau dalam kata medikalnya ialah simptom ‘Long COVID’? Menurut perkongsian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) maksud Long COVID atau Post Covid Syndrome ini bermaksud suatu keadaan yang bakal menimpa bekas pesakit COVID-19 yang mempunyai simptom berpanjangan akibat jangkitan pandemik COVID-19.

Berikut merupakan perkongsian daripada seorang doktor yang bernama Dr. Ahmad Samhan di akaun Twitter miliknya mengenai simptom Long Covid yang dihadapi oleh bekas pesakit COVID-19:

  1. Batuk Yang Kekal
  2. Hidung Tersumbat
  3. Lendir di Tekak
  4. Semput
  5. Buah Pinggang Rosak
  6. Badan Lesu dan Sakit
  7. Sakit Perut Berpanjangan
  8. Sakit Dada
  9. Sakit Kepala 
  10. Mudah Hilang Ingatan
  11. Mandul

Baca juga: “Ini Semuanya Kesan Covid-19” – Ashraf Muslim Terima Rawatan Sakit Bahu Dan Siku

Menurut KKM, laporan antarabangsa daripad NICE Guideline mendapati pesakit yang telah dijangkiti wabak COVID-19 ini berkemungkinan untuk kekal mengalami beberapa simptom penyakit ini dalam tempoh tidak kurang dariapda 12 minggu (3 bulan) atau lebih. Tambahan lagi, simptom-simptom yang disebut oleh Doktor Samahan itu turut ditegaskan oleh pihak KKM seperti simptom sakit badan lesu, lemah ingatan dan kurang daya tumpu, kesukaran bernafas serta tidak aktif seperti sedia kala sebelum dijangkiti wabak COVID-19.

Perkongsian mengenai simpom Long COVID ini bukan bertujuan untuk menakutkan orang ramai mengenai penyakit yang merbahaya dan boleh membawa maut ini. Malah, maklumat seperti ini adalah untuk menyuntik kesedaran dalam diri setiap individu bahawa pandemik COVID-19 ini bukan sesuatu perkara yang boleh dibawa bergurau, ianya adalah suatu isu dan ujian yang berat melanda setiap negara.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita disarankan untuk kekal berada di rumah dan tidak mengingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melainkan jika ada keperluan mendesak. Jadilah masyarakat yang bertanggungjawab dengan mendaftar diri dengan segera bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19 agar pandemik ini dapat dibendung dengan segera. Sudah hampir 2 tahun negara kita memerangi wabak ini namun masih berada di takuk yang sama. Berhenti menunding jari kepada pihak lain, dan tunjuklah semangat perpaduan yang tinggi antara kita demi negara tercinta. Ingat, kita masih belum menang.

Jangan lupa jika terpaksa keluar rumah amalkan 3 W seperi yang dituntut oleh KKM iaitu kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer, memakai pelitup muka yang disarankan dan mengamalkan penjarakan fizikal. Jauhkan diri anda daripada berada di tempat yang sesak dan sempit serta elakkan sembang bersama orang lain secara jarak dekat.

Baca juga: Pemberian Vaksin Jenis CanSino, Jannssen, & Comirnaty Diluluskan Kepada Usia 12 Tahun Ke Atas” – Dr. Noor Hisham 

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter, KKM

Written by: Hamka Rosli


Previous post