Kes buli bukan perkara enteng dan memandangkan sekolah kini sudah dibuka jadi, kemungkinan besar boleh timbul isu buli di sekolah. Sebelum terjadi, perkara ini harus dibincangkan untuk membuka mata ramai.
Lagipun kes buli bukan saja boleh terjadi dalam kalangan pelajar sekolah tapi boleh berlaku zaman pekerjaan juga. Kalau kita sendiri tidak cuba ‘melawan’, siapa lagi yang nak bertindak?
Jadi Koolfm ingin membincangkan isu ini dimana mungkin dapat membantu segelintir individu di luar sana untuk tidak kena buli tak kira la sama ada ketika di sekolah mahupun di tempat kerja.
- Berkeyakinan diri kerana pembuli suka membuli individu yang lemah dan tidak akan melawan. Ingat, pembuli hanya akan mengulangi membuli jika mereka fikir boleh meneruskan kegiatannya.
- Bina kekuatan diri. Jangan tunjukkan reaksi perasaan anda kepada pembuli.
- Cuba abaikan pembuli dan jika anda tak boleh mengabaikan mereka, cuba untuk bersetuju dengan mereka. Bukan apa, pembuli tidak akan mendapat kepuasan jika anda bersetuju dengan mereka.
- Percaya kepada diri sendiri bahawa anda bukan golongan yang lemah cuma mereka tersalah orang nak ‘usik’.
Ingat! Apa yang berlaku bukan salah anda dan tiada siapa patut dibuli. Anggaplah kata-kata yang pembuli lemparkan hanyalah sebagai gurauan yang tidak matang.
Jangan diamkan diri. Bangun dan bertindaklah segera!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Gelagat Murid Tadika Minta Cikgu Check Kerja Sekolah Ini Curi Perhatian Warganet. Comel!
[Video] Bapa Kecewa Kantin Sekolah Anak Jual Mi Segera Kosong Rm1.50
Sumber: harianmetro
