Setiap pasangan yang sudah berkahwin semestinya menginginkan cahaya mata yang mampu menyinari kehidupan mereka sebagai suami isteri. Tidak disangkal lagi setiap ibu bapa mengharungi fasa yang berbeza dalam membesarkan anak-anak, namun pengalaman yang dilalui oleh mereka ini adalah sesuatu perasaan yang berharga dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Seronok apabila kita dapat melihat setiap perjalanan dan tumbesaran anak-anak di depan mata, iainya sudah pasti menjadi memori terindah yang sukar dilupakan.

Tidak dinafikan lagi, ada juga dalam kalangan ibu bapa yang menghadapai fasa sedikit rumit dalam perjalanan mereka membesarkan anak-anak terutamanya ketika bayi. Situasi di mana si kecil yang terlalu manja dengan ibu bapa mereka sehingga tidak mahu berenggang walaupun sesaat.
Keadaan seperti ini sering terjadi kepada golongan ibu-ibu yang banyak menghabiskan masa mereka bersama si bayi ketika dalam pantang dan apabila harus masuk ke kerja semula jadi susah dek kerana anak tak boleh lepas daripada pandangan dan pangkuan ibu bapa. Pantang ditinggalkan sekejap, anak-anak mula merengek, menangis dan nak berdukung atau melekat sahaja.
Menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik oleh seorang doktor bernama Dr. Ahmad Luqman Bukhairi, situasi seperti ini dipanggil ‘Separation Axiety’ dan banyak berlaku pada anak kecil dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 3 tahun. Menurut Doktor Ahmad, perkara seperti ini telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan ibu bapa sepanjang membesarkan anak-anak mereka. Oleh itu, bakal ibu bapa tidak perlu risau kerana Doktor Ahmad ada berkongsikan 5 tips yang boleh digunakan oleh anda dalam mengarungi cabaran ‘Separation Anxiety’ yang akan dirungkaikan di bawah.
Kalau korang ada anak dalam lingkungan umur 6 bulan ke 3 tahun, better korang ambil tahu pasal ‘separation anxiety’ ni. pic.twitter.com/ZKpnrufB53
— Ahmad Luqman Bukhari (@drluqman) June 21, 2021
1.Biasakan untuk beritahu pada anak ke mana anda mahu pergi
Menurut Doktor Ahmad, sebelum anda bercadang untuk membuat pekerjaan atau nak buat sesuatu, pastikan anda biasakan diri untuk memaklumkan pada anak-anak agar mereka tahu. Contohnya jika mahu pergi ke tandas misalnya, beritahu mereka anda mahu ke tandas sebentar. Meskipun mereka masih kecil dan tidak faham lagi, namun lama-kelamaan mereka akan tahu bahawa ibu bapa mereka ada kerja yang harus diselesaikan. Mungkin agak sukar dan tampak remeh pada awalnya namun akan menjadi kebiasaan dan anak kecil akan tenang.
2.Layan karenah dan bermain dengan anak-anak
Anak kecil dalam lingkungan umur 6 bulan ke atas dah pandai bermain. Jadi ibu bapa perlulah beri perhatian yang sewajarnya kepada mereka. Luangkan masa anda dengan bermain bersama anak-anak sekerap mungkin. Melalui cara ini, anak-anak akan berasa lebih selamat dan tidak merengek kerana puas bermain dengan insan tersayang.
3.Tunaikan janji pada anak-anak
Tips ini adalah perkara yang paling penting dalam memastikan anak-anak tidak terus merengak apabila ditinggalkan. Menurut Doktor Ahmad, apabila anda memaklumkan kepada anak-anak bahawa anda akan keluar sekejap, pastikan anda tidak pergi terlalu lama dan ikut masa yang dijanjikan kepada anak kecil. Melalui cara ini, anak-anak akan berasa lebih yakin dan tidak gusar apabila anda keluar kerana mereka tahu anda tidak akan mungkir janji.
4.Persiapkan diri anak sebelum tinggalkan pada pengasuh
Tips ini amat berguna buat ibu bapa yang bekerja dan perlu meninggalkan anak-anak di rumah pengasuh. Selalunya, anak kecil akan dikejutkan untuk bangun bergerak ke rumah pengasuh namun kadang kala mereka mudah merengek kerana tidak mahu ditinggalkan oleh ibu bapa. Oleh itu, Doktor Ahmad menyarankan agar ibu bapa percukupkan keperluan fisiologi anak-anak seperi persiapkan diri si kecil dengan kemas dan pastikan mereka dah makan terlebih dahulu sebelum menghantar ke rumah pengasuh. Hal ini kerana anak-anak akan berasa lebih selesa apabila ditinggalkan
5.Cekal dan keraskan hati untuk tak dengar permintaan anak seketika
Ini juga tips yang paling penting buat ibu bapa di luar sana. Benar, tidak mudah untuk meninggalkan anak kecil apabila keluar bekerja atau perlu tinggalkan mereka sebentar untuk urusan yang penting. Tidak ada perkara lain lagi yang boleh dilakukan selain ibu bapa harus kuarkan diri dan menjadi tabah apabila anak-anak merengek meminta untuk dukung. Biarkan mereka menangis sebentar, namun pastikan anda memberi perhatian sepenuhnya semula kepada mereka selepas selesai kerja.

Tidak dinafikan menjadi ibu bapa ini mempunyai tugas dan tanggungjawab yang berat dalam membesarkan mereka agar mendapat pendidikan, perhatian, kasih sayang yang secukupnya dan memastikan kesihatan dan keselamatan mereka berada dalam keadaan baik. Semoga tips yang dicadangkan ini sedikit sebanyak membantu anda untuk menghadapi ‘Separation Anxiety’.
Baca juga: “You Don’t Do That Mum..” Engku Aleesya Kantoikan Rutin Harian Erra Fazira Buat Warganet Terhibur
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Twitter Doktor Ahmad