Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Ada Perbezaan Tak Kepekatan Susu Ibu?

today2 March 2021

Background

Ramai mengetahui susu ibu lebih berkhasiat berbanding susu formula. Malah, Ketua Jururawat Hospital KPJ, Yogeswary Arumugam mengatakan, pakar bahagian kanak-kanak memang menggalakkan si ibu memberi susu badan kepada bayi terutama pada lima hari pertama selepas bersalin.

“Kami memang menggalakkan si ibu memberi anak mereka susu walaupun setitis kerana banyak kandungan berkhasiat. Lebih-lebih lagi jika si kecil mempunyai masalah kesihatan, lagi kami menggalakkan memberi susu ibu,” jelasnya ketika berbincang di Kool Talk.

Menjayakan Penyusuan Susu Ibu secara Eklusif Selama 6 bulan - Positive Parenting

Manakala, bagi ibu pertama kali yang menyusu dan merasakan susu tidak keluar pada awal kelahiran bayi sebenarnya susu mereka keluar cuma mereka tidak perasan.

“Pada lima hari pertama, kandungan kolestrol dalam susu ibu sangat pekat sekaligus menyukarkan susu untuk keluar dari lubang puting dan perlu mengambil masa. Jadi, pegang bayi dalam cara yang betul supaya mereka boleh menghisap dengan betul,” terangnya.

Beliau turut menerangkan perbezaan kepekatan susu ibu. Menurutnya, pekat atau cair susu ibu sebenarnya tiada beza kerana kandungan susu ibu sama saja berkhasiat cuma beza keadaan tekstur susu ibu.

Untuk dengarkan lebih perbincangan ini, klik saja di sini.

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Pengurus ladang disyaki salah guna tabung pekerja

Kota Kinabalu: Seorang pengurus ladang di Sandakan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, kerana disyaki menyalahgunakan wang tabung pekerja ladang bernilai RM20,000. Suspek disyaki melakukan kesalahan pada 2018 ditahan di pejabat SPRM Sandakan, pada 9 pagi hari ini. Sumber berkata, wang berkenaan dikeluar suspek menerusi enam keping cek di sebuah bank. Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan suspek disiasat... Klik untuk […]

today1 March 2021