Tahukah anda, 1 pint atau beg darah boleh selamatkan 3 nyawa! Seorang penderma darah juga merupakan seorang hero dan ucapan terima kasih tidak terhingga kerana sanggup menderma darah untuk menyelamatkan nyawa insan lain. Namun masih ramai lagi yang kurang peka tentang keperluan dan kepentingan menderma darah lebih lagi di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini telah dilaksanakan agak sukar untuk membuat kempen kesedaran kepentingan derma darah.
Mengapa anda perlu menderma darah? Antara sebabnya ialah setiap hari darah diperlukan untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Darah mungkin diperlukan untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau untuk merawat pesakit kronik seperti leukemia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemophilia. Sumbangan anda mungkin menyelamatkan nyawa mereka!
Siapa yang layak untuk menderma darah? Anda layak menderma jika berumur 17 tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 45kg tetapi jika anda mengambil sebarang ubatan, sila beritahu pegawai bertugas sebelum menderma darah untuk memastikan darah anda selamat untuk diderma.
Soalan lazim untuk menderma ketika PKP adalah kesukaran untuk menderma ketika PKP, bagaimana nak lepas roadblock, merasakan diri tidak akan memerlukan darah dan tak tahu nak derma di mana. Jangan risau, hari ini kami akan bantu anda untuk menjadi seorang hero dengan menderma darah.

PKP yang dilaksanakan sepanjang 13 – 26 Januari 2021 di 6 buah negeri bukanlah satu alasan untuk kita tidak menderma darah. Ada beberapa langkah perlu diambil untuk memastikan proses pendermaan berjalan lancar. Untuk memudahkan perjalanan anda ke pusat kutipan darah, para penderma perlulah sediakan:
- Membawa buku/kad penderma darah (untuk penderma regular)
- Mendapatkan slip temujanji pendermaan darah. (Slip ini akan dihantarkan ke e-mel yang diberikan dan perlu disimpan sebagai bukti temujanji untuk menderma darah)
- Mengisi borang pendaftaran penderma darah secara atas talian. Borang yang siap diisi akan dihantarkan ke e-mel tuan/puan dan seterusnya perlu dicetak.
Anda boleh layari link Pusat Darah Negara yang telah disediakan : http://linktr.ee/dermadarah untuk periksa kesesuaian untuk menderma darah sebelum merancang pendermaan darah anda.
Berikut adalah senarai Pusat Pendermaan Darah Statik PDN:
- Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak
Isnin – Jumaat : 7.30 pagi hingga 8.00 malam
Sabtu – Ahad & Cuti Umum : 8.00 pagi hingga 4.00 petang. - Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya
Isnin – Ahad : 10.00 pagi hingga 6.00 petang - PDN Donation Suite, Midvalley Megamall, Level 3 (Mezzanine), (Sebelah Tingkat Atas Daiso)
Isnin – Ahad : 10.00 pagi hingga 8.00 malam
ATAU di tabung-tabung darah atau kempen darah berdekatan.
Jika anda lalui jalan yang ada roadblock, anda boleh tunjukkan buku atau kad derma darah/slip temujanji /borang pendaftaran penderma darah secara online kepada pihak polis/tentera sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini bagi melancarkan perjalanan ke pusat kutipan darah. Bersama kita memerangi pandemik Covid-19 sambil membantu PDN dengan menderma darah.
Baca juga:
PKP: Orang Awam Dibenarkan Derma Darah
Bantu Ibu Mengandung Kekurangan Darah Jenis O-Ve, Usaha Murni Pemuda Ini Dipuji Netizen
Sumber: Facebook PDN