Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Betul Ke Earphone Boleh Buat Kita Jadi Pekak?

today23 March 2021

Background

Mungkin ada segelintir menyangkal fakta ini kerana pengalaman mereka menggunakan earphone atau headphone selama ini langsung tidak menjejaskan gegendang telinga atau pendengaran mereka.

Lebih-lebih lagi kini sudah menjadi trend pengguanaan earphone, earbud, headphone samada untuk dengar muzik,  permainan game atau menonton movie. Lebih teruk ada yang guna sampai keesokkan paginya sambil tidur.

Namun, menurut seorang kakitangan perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu, Dr Ahmad Samhan Awang, telinga manusia mampu mendengar sekitar 20 Hz sehingga  20kHz dan jika lebih dari itu, secara perlahan-lahan telinga akan mula hilang daya pendengaran.

Does wearing earbud headphones increase Bacteria in your ears and lead to hearing loss? | KLBK | KAMC | EverythingLubbock.com

Sumber: cariangoogle

Malah, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO),  kira-kira 1.1 bilion penduduk dunia yang berumur antara 12 tahun sehingga 23 tahun berisiko mengalami masalah pendengaran kerana tahap bunyi yang tidak selamat daripada peralatan rekreasi seperti pengunaan alat audio, konsert dan tempat kerja.

Jadi, Dr Samhan kongsikan cara penggunaan earphone, headphone atau earbud dengan betul supaya tidak menjejaskan tahap pendengaran kita.

Image

Dalam pada masa yang sama, dia turut kongsikan tip elak pekak di usia muda menerusi ciapan twitter miliknya.

  1. Elak penggunaan ‘earbud’ kerana earbud mempunyai speaker kecil dengan kelantangan besar yang mampu beri kesan lebih besar pada pendengaran berbanding dengan headphone yang hanya dipakai di luar telinga.
  2. Tetapkan setiap penggunaan earphone tidak lebih dari 90 minit kerana jika lebih dari itu, kesannya boleh mengganggu fungsi otak disebabkan gelombang elektromagnetik.
  3. Beri masa rehat untuk telinga perbaiki kerosakan.
  4. Tetapkan tahap bunyi tidak lebih dari separuh.

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Suami Kantoi ‘Modified’ Kereta, Tak Pasal-Pasal Kena Tadah Telinga Dengar Isteri Bebel

Anting-Anting Bayi 10 Bulan Tersangkut Kipas, Cuping Telinganya Terkoyak

 

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Arif Fadzilah

Sukan

Arif Fadzilah Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Skuad Kebangsaan

Pasukan Terengganu mempunyai tiga wakil dalam kem latihan pusat skuad kebangsaan yang bermula pada semalam dimana pemain pertahanan, Arif Fadzilah dipanggil bagi menyertai kem yang berlangsung di Johor. Arif dipanggil bagi menggantikan pemain pertahanan Sri Pahang, Fadzly Mazlan yang mengalami kecederaan sekaligus menjadi pemain ke-29 yang disenaraikan oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe sebagai persiapan menghadapi baki aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

today23 March 2021