Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Boleh Ke Wanita Hamil Makan Pedas?

today16 March 2021

Background

Sering kita dengar ayat “tak boleh makan pedas” dalam kalangan wanita hamil kerana kononnya gusar janin ‘kepanasan’, gugur dan cacat akibat pedas yang dimakan oleh si ibu tapi sejauh mana kebenaran hal ini?

Salah seorang doktor Perubatan Am, Dr. Karlina Lestari menjelaskan, makanan pedas tidak memberi kesan pada janin. Cuma akan memberi ketidakselesaan pada si ibu saja.

Sumber: bidadari.my

“Terdapat beberapa kesan buruk yang akan terjadi pada ibu hamil selepas makan pedas seperti mengalamai heartburn seolah-olah terbakar di bahagian dada,”

Bagaimanapun, bergantung pada antibodi seseorang kerana hasil dapatan kajian, 68 peratus ibu mengandung mengalami kontraksi selepas makan pedas pada trimester pertama tapi bergantung pada antibodi seseorang.

Sebaiknya, bila dalam proses mengandung, amalkan makanan sihat dan berkhasiat seperti banyakkan pengambilan sayur-sayuran pelbagai warna untuk nutrisi yang lengkap, susu, air kosong atau buah-buahan untuk proses tumbesaran bayi yang baik serta kekuatan tulang si ibu.

Sumber: lunatots

Harus diingatkan makanan pedas bukan hanya datang dari cili tetapi makanan yang memiliki rasa tajam seperti wasabi dan lada.

Apa-apa pun, dapatkan nasihat dari doktor tentang tahap kesihatan anda terutama berkaitan dengan kandungan dan kesihatan badan.

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Sudah Setahun Wanita Ini Cuba Untuk Mengandung, Rupanya Dia Seorang Lelaki

 

 

 

 

Sumber: sehatqmediacorp

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

JPJ sahkan 32 anggota ditahan disyaki terbabit rasuah

Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan mengenai penahanan 32 anggotanya kerana disyaki terlibat rasuah dalam Operasi Sukat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam. JPJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan itu adalah hasil kerjasama rapat antara pihaknya dan SPRM dalam usaha memastikan jabatan berkenaan sentiasa bersih daripada sebarang elemen salah guna kuasa serta gejala rasuah yang mengakibatkan ketirisan kepada hasil negara. "Pengurusan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today16 March 2021