Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Boleh Panaskan Tak Susu Ibu?

today30 March 2021

Background

Pada mereka yang pertama kali bergelar ibu pasti agak canggung pada sesetengah perkara terutama susu ibu. Antara persoalan yang popular adalah, adakah susu ibu yang sudah disejukbebukan boleh dipanaskan di atas api?

Tidakkah khasiat susu hilang jika panaskan menggunakan api dapur atau terdapat cara lain yang terbaik untuk cairkan susu untuk mengekalkan khasiat?

Jadi Pegawai Perubatan Obstestrik dan Ginekologi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjawab persoalan ini menerusi ciapan twitter miliknya tip cara cairkan susu ibu yang betul.

May be an image of text that says "Muhammad Izzat @muhammadeizat Mar 22 Replying to @muhammadeizat alihkan susu beku dari freezer ke bahagian bawah fridge). Biarkan semalaman. ATAU Alirkan air paip pada bahagian atas bekas mengandungi susu beku tu. Bila agak-agak dah cair sikit, boleh alirkan air suam untuk cairkan abes susu tu 5 11 Muhammad Izzat @muhammadeizat Mar 22 ATAU Rendam terus bekas berisi susu beku tu dalam mangkuk berisi air suam. So dia akan cair slowly Bila susu dah cair, JANGAN goncang. Sebaliknya hanya pusing belas tu melawan jam dan ikut jam slowly. 2 1 11 22"

Beliau turut menambah beberapa pantang larang lagi…

  1. Jangan cairkan susu pada suhu bilik.
  2. Jangan panaskan susu beku pada dapur atau guna microwave.
  3. Susu yang sudah dicairkan perlu diberi pada bayi sehingga habis.
  4. Jangan simpan atau bekukan semula.
Maklumat Tempoh Simpanan Susu Ibu:
  • Deep Freezer: 6-12 bulan
  • Freezer Peti Sejuk (2 Pintu) : 3-6 bulan
  • Freezer Peti Sejuk (1 Pintu) : 2 minggu

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk para ibu.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Mengandung Ke Tu?” Siti Sarah Kongsi Pengalaman Susah Senang Hidup, ‘Baby Bump’ Jadi Perhatian

Banyak Rahsia Halba, Antaranya Bantu Tambah Susu Ibu Dan Tingkatan Imuniti Badan

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post