Menurut laman web rasmi Hospital Tapah, penyakit gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan dan asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi dan sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
Manakalah, bagi kaum wanita pula penyakit gout juga boleh mengalami masalah ini terutamanya selepas putus haid atau menopause.

Tanda-tanda atau simptom yang menunjukkan yang anda mungkin didatangi gout ialah apabila anda rasa sakit pada sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
Jadi, bagaimana cara mudah mencegah serangan gout? Seorang doktor perubatan, Dr. Nimelesh Balanthiren kongsikan infografik yang dipetik dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan pencegahan penyakit ini. Jom kita lihat perkongsian beliau.
Walaupun sekarang kesihatan kita masih lagi baik, sebaiknya mencegah daripada merawat.
Amalkan corak pemakanan ini dari awal kerana apa yang kita makan sekarang adalah cerminan kesihatan diri kita pada masa akan datang.
Untuk bamancaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Meeting Ada Bunyi Ayam! Ini Cara Padam ‘Noise’ Bila Guna Aplikasi Panggilan Video
Mereka Perlukan Bantuan, Anak Yatim Terkena Penyakit Kulit
Sumber: lamanwebrasmihospitaltapah , twitter