Site icon Kool FM

Cara Untuk ‘Check-In’ Diri Bersama Anak-Anak Dan Ibu Bapa Melalui Aplikasi MySejahtera

Kini semuanya perlu berlandaskan gaya hidup norma baharu seperti pemakaian pelitup muka dan pembasmi kuman, pengambilan suhu badan serta mendaftar diri atau menulis nama dan nombor telefon sebelum memasuki sesebuah premis perniagaan. Jadi, kebanyakan premis akan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk anda ‘check -in’.

Tetapi anda pernah tak berada di dalam situasi di mana bila dah check-in menggunakan MySejahtera, lepas itu anda tetap juga kena tulis secara manual untuk mendaftarkan nama anak-anak pula atau nama ibu bapa yang tidak menggunakan telefon pintar? Leceh tapi tetap kena buat sebab jika ada pemeriksaan dilakukan oleh pihak polis anda mungkin boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana melanggar SOP yang telah ditetapkan Kerajaan.

Jangan risau kali ini kami akan kongsi cara-cara untuk mendaftarkan sekali nama anak-anak atau ibu bapa menerusi MySejahtera akaun kita sendiri.

Jom kita tengok langkah-langkahnya :-

1) Pergi ke aplikasi MySejahtera. Kemudian pergi di ‘Home’ MySejahtera. Di bahagian atas ada ‘More’. Klik di situ.

2) Nanti akan keluar macam dalam gambar di bawah ni. Klik sahaja di ‘Manage Dependents’.

3) Kemudian, akan keluar seperti gambar di bawah ini. ‘Add Dependents’ di bahagian bawah. Selain mengisi nama anak-anak, anda juga boleh memasukkan sekali nama ibu bapa yang selalu korang bawa keluar berjalan-jalan namun mereka tidak menggunakan telefon pintar. Isi nama dengan jenis perhubungan sekali.

4) Pastikan nama mereka semuanya betul. Selepas itu, bila hendak check-in menggunakan aplikasi MySejahtera, akan keluar “i’m with…”. Klik nama-nama yang sedang berada dengan anda ketika itu. Namun jika anda sedang bersendirian, terus klik sahaja ‘Check-In’ di bawah sekali seperti biasa.

Senang je nak pastikan yang kita semua mematuhi SOP yang telah ditetapkan Kerajaan dalam membendung penularan pandemik COVID-19 ini. Kita tak melanggar undang-undang dan semua ahli keluarga kita juga terpelihara daripada sebarang risiko jangkitan, selain boleh berjalan-jalan atau cuti-cuti Malaysia dengan gembiranya. Selamat mencuba!

Baca juga:

5 Sebab Kena Install Aplikasi MySejahtera KKM

Tidak Perlu Imbas QR Kod Jika Hanya Isi Minyak

 

 

 

 

Sumber: Twitter Wan Aizat

Exit mobile version