Sudah menjadi kewajipan seorang wanita muslim untuk menjaga atau menutup auratnya walaupun ketika mengandung kerana semasa mengandung, semua bahagian badan naik seperti punggung, perut, lengan, dada. Sebab itulah sebagai wanita kenalah pakai pakaian yang betul-betul longgar dan tudung yang menutupi dada.
Sebelum ini pernah tular gambar ibu hamil yang didedahkan melalui laman media sosial sebagai ‘sumber’ sesetengah lelaki memuaskan nafsu serakah mereka secara maya. Siapa sangka dengan hanya sekeping gambar wanita mengandung mampu mengundang pelbagai reaksi daripada golongan terdesak ini.
Golongan ini dipercayai menggunakan gambar ibu hamil untuk berfantasi perkara yang mejijikkan. Gambar yang tular tersebut dibanjiri dengan ulasan berbaur lucah kerana golongan ini umumnya tertarik untuk melihat ke arah payudara dan mampu membayangkan tubuh wanita hamil tanpa seurat benang.

MAIESIOPHILIA. KELAINAN SEKSUAL YANG PERLU DIAMBIL PEDULI
Sebelum ini pernah tular gambar ibu hamil dengan komen-komen berbaur lucah dimana ia amat menakutkan selain fantasi seksual yang sungguh menyeramkan. Jika kita lihat, ada juga gambar ibu hamil berpakaian sopan tetapi masih dipilih juga untuk menjadi sebahagian koleksi.
APA ITU MAIESIOPHILIA?
Maiesiophilia merupakan kelainan seksual yang mengakibatkan mereka dengan penyakit ini merasa ghairah ketika melihat ibu hamil. Mereka juga sangat suka melihat ibu-ibu dengan dress hamil mereka atau apa pun pemakaian yang JELAS menunjukkan baby bump mereka yang mana pada pandangan mereka ia adalah seksi.
Ceritanya mudah, nak ambil gambar dipersila. Tapi simpan untuk tontonan peribadi, bukannya jadikan ia sebagai tontonan umum dan membenarkan mereka ini menjadikan anda fantasi seksual mereka. Benar, kehamilan merupakan satu kenangan indah yang perlu kita raikan, tetapi ada kala kita terlupa ada yang memerhati kita dalam diam dan mungkin berfantasi bahawa kita sedang hamilkan anaknya barangkali.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Lelaki cabul wanita hamil lapan bulan
Boleh Ke Wanita Hamil Makan Pedas?
Sumber: Facebook 9bulan10hari