Kool FM

Ikan Puyu Bukan Pendinding Untuk Elak Dipukau. Ini Amalan Elak Jadi Mangsa Pukau

Kes pukau ni memang kita biasa dengar di mana kebanyakkannya dilakukan oleh penjenayah untuk mencuri wang atau harta mangsa. Ia merupakan satu jampi serapah yang digunakan untuk memabukkan seseorang atau membuatkan orang tidur lelap, tidak dapat berkata-kata atau berbuat apa-apa kerana sedang menjadi sasaran jampi. Antara kes pukau yang popular berlaku adalah di kawasan bank di mesin ATM. Mangsa kebiasaannya dipukau di situ untuk menyerahkan duit kepada yang melakukan pukau.

 

Bahayanya pukau ini jika terkena kepada kita adalah si penjenayah itu boleh melakukan apa sahaja kepada kita termasuklah merompak, merogol, membunuh dan perkara-perkara jahat yang lain. Menurut perkongsian bersama Ustaz Fauzi Mustafa, pendakwah bebas, pukau ini merupakan sejenis sihir yang mana ia digunakan untuk menguasai fikiran kita. Orang yang menggunakan pukau ini pula biasanya akan ada jampi-jampi bagi mendapatkan bantuan daripada makhluk halus.

Amalan Untuk Elak Dipukau

Apabila dipukau, mangsa akan nampak dan bertindak seperti orang bodoh. Selain itu. Mangsa juga tidak mampu untuk berbuat apa-apa, sehinggakan nak menjerit pun tidak mampu. Seterusnya, mangsa akan tersedar daripada pukauan apabila ada seseorang yang menepuk belakangnya atau menegurnya. Sebab itu mangsa-mangsa pukau ini mengatakan mereka memang tidak sedar semasa dirompak atau sebagainya. Jadi bagi mengelakkan diri daripada dipukau, boleh ikut amalan ini yang dikongsikan sendiri oleh Ustaz Fauzi.

  1. Jadikan surah Al-Fatihah sebagai surah yang selalu kita amalkan bacaannya. 
  2. Jadikan ayat Qursi sebagai bacaan amalan kita setiap kali selepas solat fardu. 
  3. Amalkan bacaan surah Al-Muawwizat iaitu surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq terutamanya sebelum keluar dari rumah. Boleh juga amalkan bacaan sebelum dan selepas tidur.
  4. Sentiasa berada dalam keadaan berwudhu.

Itulah sedikit perkongsian tentang cara mengelak atau melindungi diri daripada menjadi mangsa pukau. Bagaimanapun dalam isu yang sama, ada juga orang-orang kita yang percaya bahawa bela ikan puyu di rumah boleh mengelakkan diri kita daripada dipukau. Menurut Ustaz Fauzi, kepercayaan ini tidak ada ditulis dalam mana-mana hadis jadi ianya adalah tidak benar. Untuk dengarkan lebih lanjut perbincangan ini, klik saja di sini.

Baca juga artikel menarik lain:

Usaha Perangi Bakteria Bahaya Dengan Hasilkan Smartphone Boleh Cuci Guna Sabun

Kaki Parti Maut Minum Cecair Hand Sanitizer Selepas Kehabisan Arak…

Exit mobile version