Site icon Kool FM

Ini Sebabnya Majlis Perkahwinan Sederhana, Tetapi Meriah!

Seperti tahun sebelum ini bila tiba hujung tahun, banyak jemputan perkahwinan akan kita terima dari kawan-kawan dan saudara mara. Tapi tidak untuk tahun 2020 kerana tahun ini agak unik dan penuh cabaran untuk bakal pengantin. Tidak semua negeri dibenarkan untuk adakan acara perkahwinan, namun untuk negeri yang dibenarkan pula tidaklah semeriah selalu.

Terbaharu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju majlis perkahwinan yang sudah dirancang di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat diteruskan dengan menepati setiap standard prosedur operasi (SOP) yang diperkenalkan dan penambahan syarat baharu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagi penganjuran majlis perkahwinan di kampung atau taman perumahan, ia perlu dilakukan dengan pengawasan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan jika diadakan di hotel ia perlu dengan pengawasan pihak pengurusan hotel.

Apa korang boleh buat kalau majlis kahwin dibatalkan | AskLegal.my

Berikutan itu, team Kool FM Haiza, AG dan Muaz ada mengulas tentang isu ini. Ada beberapa pendapat telah mereka perolehi dan paling ramai bersetuju ‘perkahwinan Covid’ lebih jimat dan meriah dari segi keluarga. Dari segi perbelanjaan, boleh dikatakan lebih jimat sehinggakan ada pemanggil mengaku dia mampu membeli barangan kelengkapan rumah cash tanpa hutang!

Walaupun hanya sedikit orang sahaja yang dibenarkan hadir ke majlis tersebut, namun ada seorang pemanggil berkongsi bahawa apabila sedikit orang yang hadir, majlisnya lebih intimate dan meriah hanya dengan saudara mara terdekat sahaja tanpa kehadiran mak cik bawang.. Opps!

Team Kool Fm pun bersetuju bahawa perkahwinan semasa pandemik ini terjadi adalah satu kelebihan kepada pengantin. Situasi ini dapat membantu bakal pengantin jimat wang dan boleh guna wang perbelanjaan tersebut untuk kehidupan selepas kahwin.

Walaupun istilah raja sehari tidaklah semeriah yang disangkakan, tetapi anggaplah ini satu kenangan manis yang akan dikongsi bersama sehingga ke anak cucu. Apapun, semoga dipermudahkan kepada semua bakal pengantin untuk tahun 2020 ini!

 

Untuk dengarkan perbincangan lebih menarik, klik saja disini.

 

 

Exit mobile version