Kool FM

Kisah Lelaki Miliki 57 Koleksi Tali Pinggang Kamen Rider Bernilai Lebih RM40,000

Siapa pengikut setia Siri Kamen Rider? Fuh, kalau cerita ini mula ditayangkan di TV, mak panggil dekat dapur pun tak dengar ya.. Siri yang berasal dari Jepun ini sangat dikagumi oleh kanak-kanak pada suatu ketika dahulu sehinggakan ada yang sanggup berbelanja duit demi menyimpan koleksi siri ini. Adakah anda juga tersenarai dalam peminat setia Kamen Rider?

Baru-baru ini terbongkar kisah seorang peminat siri tersebut yang bernama Muhamad Asyraf Rosli. Dia merupakan seorang pensyarah yang berusia 31 tahun. Untuk pengetahuan anda, Asyraf kini miliki 57 unit tali pinggang kamen rider edisi 2000 hingga 2020. Hebat ke tidak?

Menurut Asyraf, dia mula mengumpul tali pinggang ini sejak masuk ke sekolah menengah dan universiti. Apabila dia sudah ada kerja tetap, dia seamkin berani untuk membuat pembelian secara online direct dari pengedar di Jepun. Tambah Asyraf, dia sanggup berbelanja lebih kerana percaya akan kualiti binaan tali pinggang dari Jepun sangat berkualiti tinggi jika nak dibandingkan dengan kedai mainan yang ada di Malaysia.

Difahamkan, Asyraf juga sanggup berbelanja sehingga RM5,000 untuk satu unit. Dia turut berkongsi jumlah keseluruhan harga sekarang koleksinya kini melebihi RM40,000. Menurutnya, walaupun harga barangan tersebut agak mahal, namun demi kepuasan dia sanggup berbelanja. Ada juga koleksi lain yang dikumpul seperti Power Rangers dan Digimon, tetapi tidak sebanyak koleksi Kamen Rider.

Apa yang paling menarik ialah isterinya Nurllia Natasha turut memberi sokongan dan melayani minat suaminya. Alahai, seronok dapat pasangan yang supportive terhadap minat kita betul taki? Selain tu, Asyraf juga mempunyai rakan di media sosial bagi bertukar idea dan maklumat mengenai koleksi mereka. Kalau dah minat akan sesuatu, kita akan sanggup lakukan apa sahaja untuk milikinya..

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Disangka Kumpul Patung Vintaj Sebagai Hobi, Rupanya…

Derma Sperma Sebagai Hobi, Kini Dia Miliki 23 Orang ‘Anak Segera’

 

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version