Dalam kita memasuki fasa seterusnya untuk memerangi pandemik wabak COVID-19, hari ini mungkin menjadi detik bersejarah apabila Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sudah mula berjalan. Melihat Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjadi antara penerima pertama vaksin COVID-19, tentu ia akan meningkatkan lagi kenyakinan orang ramai untuk turut serta menjadi penerima vaksin tersebut nanti.
Tidak dinafikan masih ada lagi golongan-golongan yang menolak penggunaan vaksin COVID-19 ini, seorang doktor yang kini sedang berkhidmat di India berkongsi pengalamannya menerima vaksin COVID-19 di sana. Walaupun beliau bukanlah seorang ‘influencer’, namun dengan perkongsiannya itu diharap dapat membuka mata orang ramai tentang penggunaan vaksin dan kesan-kesannya.
Perbezaan Jenis Vaksin COVID-19
Pertama sekali, beliau yang menggunakan nama Dr Wani di Twitter menerangkan tentang perbezaan vaksin yang bakal rakyat Malaysia terima dengan vaksin-vaksin lain yang ada. Menurutnya, vaksin pfizer yang dibeli oleh kerajaan Malaysia adalah menggunakan messenger RNA. Manakala, vaksin yang diterimanya di India adalah jenis Covishield (Viral vector) yang dihasilkan oleh AstraZeneca.
Perbezaan antara kedua-dua jenis vaksin itu adalah dari segi cara penyimpanan dan peratusan keberkesanannya. Pfizer yang digunakan di Malaysia mempunyai kadar keberkesanan sebanyak 95 peratus. Kira tinggilah kan.

Berkongsikan pengalamannya, menurut Dr Wani di India petugas barisan hadapan diberikan vaksin tersebut secara percuma. Jadi disebabkan risau dengan kerjanya yang berjumpa dengan pesakit setiap hari, beliau bersama rakan serumah pun pergi mendapatkan vaksin itu.
“Perasaan kena suntik vaksin ni sama je dengan rasa kena suntik masa sekolah dulu. Serius tak ada beza pun,” tulis Dr Wani menceritakan pengalamannya.
Kesan Sampingan Sementara Yang Biasa Dialami Selepas Suntikan Vaksin
Menurut Dr Wani, kesan sampingan daripada suntikan vaksin COVID-19 itu memang ada, namun ianya hanya sementara. Tambahnya lagi, kesan sampingan tersebut memang biasa berlaku selepas suntikan vaksin. Kesemua simptom-simptom hasil daripada suntikan itu akan kelihatan dalam tempoh sehari ke seminggu selepas disuntik.
I’m not an influencer but I just want to share with you my story of getting vaccinated? in India last Saturday and the side effects I’ve experienced myself.
[THREAD] https://t.co/uS9Yv5hWMO pic.twitter.com/JKOSon7Ldg— Dr Wani (@syazwanismd) February 23, 2021
Antara kesan sampingannya adalah kita akan mengalami pening kepala, keletihan, rasa tak sedap badan, dan demam. Namun, tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana ia merupakan tanda yang badan kita sedang menghasilkan antibodi baru dan kuatkan sistem pertahanan badan.
Lakukan Perkara Ini Selepas Disuntik
Dalam perkongsian tersebut, Dr Wani sempat juga menitipkan sedikit tips selepas disuntik. Menurutnya, selepas menerima suntikan, pastikan kita rehat dan minum air secukupnya. Selain itu, pastikan juga kita mendapatkan tidur yang secukupnya agar badan dapat hasilkan melatonin. Beliau nasihatkan untuk tidur awal sekitar jam 10 malam.
Tips yang saya nak kongsikan, lepas vaccinated tu pastikan dapat rehat secukupnya, minum air, mandi dan tidur awal. Make sure badan hasilkan melatonin secukupnya dengan tidur awal (jam 9/10 malam).
Kita kena bagi kerjasama dengan badan yang tengah hasilkan antibody yg baru ???
— Dr Wani (@syazwanismd) February 23, 2021
Badan kita juga memerlukan kerjasama dari kita untuk menghasilkan antibodi yang baharu. Kesimpulannya, janganlah takut untuk ambil vaksin dan bersikap skeptikal terhadap vaksin COVID-19. Kita lindungi diri dengan menerima suntikan vaksin, dan dalam masa sama kita lindungi semua juga.
Baca juga artikel menarik lain:
Akibat Terpengaruh Video YouTube, Remaja Perempuan Bertindak Bunuh Kanak-Kanak Berusia 4 Tahun!
“Vaksin Bukan Dajjal” – Khairy Jamaluddin Ajak Orang Ramai Sebar Maklumat Sahih Vaksin COVID-19
Sumber daripada: Twitter