Kool FM

“Nasib tak ada taik cicak..” Kek Lipas & Cicak Buat Netizen Kembang Tekak!

Ada orang geli bila kucing datang dekat dia dan ada orang pula geli kalau tengok ular.. Tapi ada dua jenis ‘makhluk’ ini yang ramai tidak gemar dan mungkin akan lari tak cukup tanah bila nampak depan mata! Pantang disebut perkataan cicak dan lipas pasti akan membuatkan bulu roma anda meremang setuju tak? Mana tidaknya 2 jenis ‘makhluk’ ini sangat terkenal dengan kemunculannya yang bikin orang tidak senang duduk apatah lagi bila si lipas mula terbang.. Fuh! Boleh bergaduh sis..

Namun, baru-baru ini tular di Facebook ada pembuat kek dari Ipoh menggunakan kreativitinya untuk menghasilkan sebiji kek dihiasi dengan kedua-dua jenis serangga ini menarik perhatian ramai. Perkongsian gambar kek lipas dan kek cicak oleh pemilik kedai kek tersebut, Ethan dan Irene Wong telah mendapat jumlah komen dan shares yang tinggi. Apa yang paling menarik, kek tersebut dihiasi dengan ‘cicak dan lipas’ yang boleh dimakan. Anda sanggup tak?

Creepy little lizards for your birthday?

Posted by The Slice Ipoh Homebaker on Friday, 11 December 2020

Menurut Ethan, dia telah menerima tempahan dari seorang pelanggan yang memintanya untuk menghasilkan sebiji kek yang bertemakan cicak sempena hari jadi kakaknya. Pelanggan tersebut memintanya untuk berbuat demikian dek kerana kakaknya yang fobia terhadap cicak menyebabkan ia mahu memberikan kejutan sebegitu rupa. Tambah Ethan, mereka mengambil gambar cicak di sekeliling rumahnya sebagai inspirasi untuk kek tersebut supaya ianya kelihatan begitu realistik. Gigih betul!

Selepas beberapa hari, kakak kepada pelanggannya yang menempah cicak sebelum ini datang ke kedainya dengan memesan sebiji kek lagi sebagai tanda membalas dendam terhadap kek yang diberikan oleh adiknya itu. Kali ini si kakak pula tempah sebuah kek yang dipenuhi dengan lipas. Ini kes nak balas dendam sebab dapat kek cicak nampaknya! Ethan dan Irene menghiasi kek lipas dengan lapisan frosting coklat dan menambah hiasan penting ke dalamnya iaitu ‘lipas’ yang boleh dimakan yang kelihatan seperti keluar dari dalam kek tersebut.

Di ruangan komen di Facebook milik kedai kek berkenaan, rata-rata netizen memberikan reaksi terkejut kerana ‘cicak dan lipas’ tersebut terlihat seakan menyerupai yang betul. Malah, ada juga yang ingin memesan kek yang sama hanya semata-mata mahu mengenakan kenalan mereka pula.

Kepada mereka yang mempunyai fobia sebegini, kami harap anda lebih berhati-hati kalau kawan-kawan atau keluarga nak buat surprise birthday kek. Kusss semangat terkejut tengok kek apa pula yang dapat nanti..

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

[VIDEO] Nak Kenakan Rakan Dengan Lipas Mainan, Sekali Betul Ada Lipas Sebenar. Lawak!

Pemuda Singapura Jual Semut Untuk Peliharaan

 

 

 

 

Sumber: Facebook The Slice Ipoh Homebaker

Exit mobile version