Pelbagai reaksi diterima apabila sesi persekolahan bersemuka tahun 2021 ditangguhkan. Baru-baru ini Kementerian Pendidikan (KPM) telah umumkan bahawa sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan kes pandemik Covid-19 menunjukkan peningkatan.
KPM memaklumkan sesi persekolahan bersemuka hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.
Manakala, bagi semua pelajar sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021.
Nampaknya ibu bapa perlu terus menjadi guru ganti untuk mengajar anak-anak di rumah. Tidak dinafikan tugas ini bukanlah mudah dan cabarannya berbeza mengikut keadaan ibu bapa kerana ada yang kedua mereka WFH, ada yang hanya salah seorang sahaja yang WFH atau ada yang perlu ke pejabat sepenuh masa. Baru-baru ini ada satu perkongsian yang dilakukan oleh Firdaus Shakirin di akaun Facebook miliknya telah mendapat perhatian netizen.
Perkongsiannya mengenai cabaran isterinya menjadi guru ganti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu bakal berulang kembali apabila KPM umumkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
“Mak ajar tak sama dgn cikgu ajar…”
Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah…PdPR…
KPM baru umum, sesi…
Posted by Firdaus Shakirin on Saturday, 16 January 2021
Menurut Firdaus, sepanjang tahun lepas isterinya sangat berdedikasi memegang jawatan guru ganti di rumah kerana sanggup membaca dahulu buku teks dan cuba untuk memahami sesuatu tajuk terlebih dahulu sebelum mula mengajar anak-anak mereka. Bila kerja sekolah mereka ada yang salah, si isteri hentikan tugas di rumah sementara dan terus duduk dan mula mengajar. Hebat!
Perkongsian ini dihujani pelbagai reaksi dan komen dari netizen dan rata-rata mereka bersetuju dengan apa yang disampaikan kerana ramai juga yang turut alami situasi yang sama. Benar, kadang kala anak-anak lebih mudah diajar oleh guru bertauliah berbanding diajar oleh ibu bapa. Bila ibu bapa yang menjadi guru ganti di rumah, anak-anak mulalah buat ‘akal’ lebih sikit. Semasa buat tugasan, masa itulah juga nak makan minum, nak pergi tandas, badan gatal-gatal, mengantuk dan banyak lagi..

Kita lihatlah cabaran ini di sudut postif. Apabila anak-anak belajar di rumah, mereka kurang terdedah dengan risiko jangkitan Covid-19 dan anggaplah masa mengajar anak-anak salah satu bonding time untuk cuba memahami anak-anak dengan lebih dekat. Biarlah ibu bapa bertukar jadi hijau, kuning, singa, atau naga kerana ini adalah satu pengalaman yang harus dihargai kerana masa berlalu dengan pantas. Buat ibu bapa yang bakal menjadi guru ganti, kami di Kool FM yakin anda boleh lakukannya!
Baca juga:
Hanya calon peperiksaan utama 2020 ke sekolah
Tiada Lagi Masalah Beg Sekolah Berat, KPM lancarkan Aplikasi Buku Teks Digital
Sumber: Facebook Firdaus Shakirin