Pandemik Covid-19 benar-benar telah mengubah gaya hidup seluruh rakyak di dunia. Hampir seluruh negara kini melaksanakan prosedur operasi standrad (SOP) yang wajib dipatuhi adalah dengan memakai pelitup muka ataupun face mask. Apa yang lebih menarik, pelitup muka boleh didapati dalam pelbagai bentuk warna, corak dan dijual di kebanyakan kedai seakan ia barang ‘aksesori’ atau fesyen.
Di Malaysia sendiri sudah ramai selebriti tempatan bekerjasama dengan syarikat pelitup muka mengeluarkan pelitup muka menarik dan pelbagai warna. Bagaimanapun di Jepun, kini mereka ada pelitup muka yang boleh dimakan! Pelitup muka yang boleh dimakan itu diberi nama ‘Mask Pan’. Hebat betul!
Untuk pengetahuan anda, ‘Pan’ bermaksud roti dalam bahasa Jepun. Jadi, ‘Mask Pan’ maksudnya pelitup muka tersebut direka berbentuk roti melon, iaitu roti yang terkenal di negara berkenaan.
Artikel menarik lain: “Terima Kasih Neelofa Atas Hadiah Yang Sangat Mengembirakan Ini..” – Elyana

Apa yang membuatkan ia unik, roti di atas pelitup muka tersebut diperbuat daripada roti melon yang sebenar. Patutlah sedap je tengok! Menurut portal SoraNews24, idea pembuatan pelitup muka roti ini berasal daripada 3 pelajar universiti dari Fukuoka dan Okinawa bernama Chisato Komorita, Tenmi Nagano dan Katsumi Ota.
Difahamkan, tujuan utama mereka mencipta pelitup muka ini ialah kerana mereka mahu menghidu bau roti melon pada sepanjang masa. Amboi, betul unik alasannya! Bukan itu sahaja, pelitup muka tersebut juga telah diuji secara klinikal dan terbukti mampu memberi perlindungan sama seperti pelitup muka biasa. Oleh itu, ia selamat untuk digunakan.
Menurut sumber, ‘Mask Pan’ telah dijual di Jepun secara online bermula 10 Jun lalu dengan harga sekitar RM67 iaitu 1,800 yen. Kalau di Malaysia, agaknya makanan apa yang sesuai dijadikan pelitup muka? Mungkin selepas ini akan ada syarikat yang akan buat pelitup muka nasi lemak pula.. sedapnya!
Baca juga: “Seorang Ibu Tidak Pernah Bercuti” – Fasha Sandha Dipuji Oleh Wargamaya Sebagai Wanita Hebat
Sumber: SoraNews24