Umum tahu susu ibu merupakan susu yang terbaik! Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka dan semestinya tidak mahu anak-anak dijangkiti sebarang penyakit ketika mereka masih kecil. Namun, menyusu badan bukan satu perkara yang mudah dan ia memerlukan kecekalan yang tinggi dari si ibu. Kalau ibu tidak sihat, susunya masih boleh diminum oleh anaknya. Tetapi kalau ibu positif Covid-19? Selamatkah?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), golongan ibu yang dijangkiti COVID-19 boleh terus meneruskan penyusuan dan tidak diasingkan daripada bayi mereka. Manfaat daripada susu ibu adalah melebihi daripada risiko tersebarnya jangkitan wabak berkenaan.
WHO menegaskan bahawa manfaat daripada penyusuan susu ibu lebih tinggi daripada risiko tersebarnya COVID-19 dan penyusuan susu ibu wajar diteruskan kecuali bagi ibu yang keadaan kesihatannya kritikal. Mungkin ada ibu yang tertanya-tanya, virus tak ada ke dalam susu? Jawapanya, setakat ini virus yang menyebabkan jangkitan wabak itu tidak dijumpai dalam susu ibu.
Jika anda seorang ibu positif, WHO telah berkongsi beberapa langkah yang perlu diambil:
- Ibu perlulah memakai pelitup muka sepanjang bersama anak.
- Ibu perlu utamakan kebersihan tangan. Basuh tangan sebelum dan selepas memegang anak.
- Ibu perlulah sentiasa membersihkan kawasan yang terdedah kepada anak sepanjang bersamanya.
Bukan sahaja kesihatan fizikal ibu penting namun kesihatan mental juga perlu dijaga dengan baik. Mungkin ada sesetengah ibu menyalahkan diri mereka apabila dijangkiti virus ini tetapi apa yang ibu perlu tahu ialah pesakit Covid-19 bukanlah seorang penjenayah. Ibu perlu terus kuat dan terus berjuang sehingga selesai. Kami di Kool FM doakan ibu-ibu yang positif Covid-19 baik menyusukan anak atau pun sedang mengandung kuat melawan virus ini.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Banyak Rahsia Halba, Antaranya Bantu Tambah Susu Ibu Dan Tingkatan Imuniti Badan
Pelik Tapi Benar! Budaya Di Uganda, Si Isteri Perlu Susukan Suaminya
Sumber: WHO