Luar biasa! Itu yang boleh kita gambarkan tentang semangat Ustaz Ebit Lew dalam membantu mereka yang memerlukan.
Baru sahaja ibu bapa berkongsi masalah tentang kekurangan yang mereka hadapi dalam melengkapkan sesi pembelajaran secara online di rumah, terus usaha membantu disalurkan. Manakan tidak, jika sebuah keluarga mempunyai sehingga 2 atau 3 orang anak yang perlukan alat elektronik untuk belajar secara online, dan ibu bapa pula perlu bekerja mencari rezeki, sudah tentu ia menyukarkan proses anak-anak untuk belajar dan menimba ilmu.

Pohon doakan yer, Baru beli 100 Tab untuk hadiahkan pada pelajar yang memerlukan untuk kelas online. Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan.-Ebit Lew.”
Sungguh mulia hati beliau dan moga bantuan ini dapat meringankan bebanan ibu bapa serta memudahkan urusan pembelajaran anak-anak muda.
Baca juga:
“Tadi Makan, YDPA Agong Disuapkan Permaisuri Raja.” Ebit Lew Terharu Agong Sempat Belanja Makan
Sumber: Facebook