Pada Isnin tular di media sosial apabila pelajar Matrikulasi Perak dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur pematuhan standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup mulut di dalam kawasan kolej. Enam orang pelajar terbabit disaman oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebanyak RM1500 dan perlu dilangsaikan dalam masa 2 minggu.
Perkara yang membuatkan ramai berasa kesal adalah pelajar tersebut langsung tidak dibenarkan keluar ke mana-mana sejak semester dibuka malah nak jumpa ibu bapa pun tak boleh. Mereka dikatakan baru sahaja turun dari tangga untuk ke kafe dan membuka pelitup muka sebentar kerana terasa sesak tiba- tiba datang pihak berkuasa yang kebetulan berada di situ bagi tujuan membuat pemeriksaan di kawasan kafe berkenaan dan mengenakan kompaun kepada mereka tanpa budi bicara.
Baca juga: Tak Pasal-Pasal Instafamous Jadi Banduan Sehari Gara-Gara Honeymoon
Bukan itu sahaja, jumlah kompaun yang dikenakan juga tidak masuk akal untuk dibayar oleh pelajar.
Hari ini, Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin memberikan kenyataan kepada pihak media mengenai isu ini susulan ia tular di media sosial yang mengatakan adanya unsur double standard. Akmal menidakkan kenyataan tersebut dengan berkata bahawa tiada penganiayaan dilakukan di sini dan pegawai penguat kuasa yang mengeluarkan kompaun tersebut hanya menjalankan tugasnya.
Akmal juga menambah bahawa pelajar terbabit tidak perlu risau dan hanya perlu laksanakan rayuan supaya kompaun boleh dikurangkan.
Syed Saddiq, menerusi laman Twitter miliknya membidas kenyataan Akmal.
Susahlah kalau Exco Negeri pun tak empati pada pelajar.
Kenapa tak beri amaran dulu sebelum beri kompaun? Exco jangan mudah sahaja anggap semua pelajar mampu bayar kompaun.
Bukan semua ada gaji dan elaun macam Exco. Susah sangat ke nak faham? pic.twitter.com/goAJRYz01h
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) April 21, 2021
Kata Syed Saddiq tak semua mempunyai duit seperti EXCO. Mereka hanyalah pelajar yang tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap. Elaun yang mereka ada pun cuma cukup-cukup makan buat mereka. Jika dikurangkan kompaun sekalipun, berapa banyak sahaja jumlah yang boleh ditolak. Secara total, ianya masih banyak untuk dibayar oleh pelajar.
Syed Saddiq turut menambah bahawa kenyataan Akmal adalah tidak sensitif lebih-lebih lagi apabila dia berkata bahawa dia yakin pelajar-pelajar berkenaan mampu untuk membayar kompaun yang dikenakan. EXCO sahaja yang yakin namun para pelajar yang sedang menghadapi situasi tersebut nantinya perlu membuat kutipan awam semata-mata ingin membayar kompaun yang boleh dikatakan tidak adil kerana mereka tidak diberi peluang untuk didengari.
“Pihaknya yakin kesemua pelajar itu mampu membayarnya” adalah satu kenyataan yang tidak sensitif.
Exco Negeri patut menjadi wakil yang lebih baik untuk pelajar. Jika semua ikut rasa “yakin”, ia tak menyelesaikan pun masalah pelajar itu. pic.twitter.com/4Dvlj4SYuK
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) April 21, 2021
Akhirnya, yang kena bayar kompaun adalah pelajar sendiri, bukannya Exco.
Pelajar terpaksa buat kutipan awam untuk bayar jumlah kompaun. Exco seorang sahaja yang yakin pelajar mampu bayar.
Terima kasih Alumni Kolej Matrikulasi Perak.
Exco mana? pic.twitter.com/Pb5IEovFJa
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) April 21, 2021
Menerusi ruangan komen, ada yang berkongsikan sebuah video di hari kejadian di mana pelajar-pelajar berkenaan ditengking oleh pegawai yang berkuasa tanpa menyelidik atau bertanya terlebih dahulu. Rata-rata wargamaya berang dengan tindakan tersebut dan mereka meluahkan rasa kasihan kepada pelajar yang terbabit. Sepatutnya jika ada budi bicara, perkara ini boleh diselesaikan dan tidak akan menjadi hangat seperti ini.
Buat semua rakyat Malaysia, teruskan patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ya.. Sama-sama kita perangi pandemik Covid-19 ini.
Sumber: Syed Saddiq
