Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

“Bukan The Next Lee Chong Wei” – Pamer Kekuatan Tersendiri, Netizen Akui Kehebatan Lee Zii Jia

today22 March 2021

Background

Masih lagi dalam suku pertama tahun 2021, satu momen indah berjaya dilakar oleh jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia apabila merangkul gelaran Seluruh England buat kali pertama. Kejayaan tersebut dapat disaksikan apabila Zii Jia menundukkan pemain nombor dua dunia, iaitu Viktor Axelsen pada aksi final malam tadi.

Pertarungan akhir yang penuh dramatik di Utilita Arena Birmingham itu berlanjutan ke set penentuan. Apa yang membanggakan, Zii Jia tidak sedikit pun kelihatan gugup walaupun sebelum ini mempunyai rekod kekalahan sebanyak tiga kali ke atas Axelsen. Beliau malah mempamerkan semangat juang tinggi sehingga merakam kemenangan 30-29 di set pertama ke atas lawan dari Denmark itu.

Dalam set kedua pula, kedua-duanya saling mengejar mata namun nasib lebih menyebelahi Axelsen dengan kemenangan 22-20. Bagaimanapun, pada set ketiga, Zii Jia tampil lebih garang dan yakin sehingga dilihat tidak memberi ruang buat Axelsen, sekali gus merekodkan kemenangan 21-9 dan seterusnya dinobatkan sebagai juara.

Tentunya sebagai rakyat Malaysia ia merupakan satu kemenangan yang membanggakan. Melihat kembali lagenda sukan badminton terdahulu seperti Datuk Lee Chong Wei, tentu akan ada suara-suara yang meletakkan mereka pada kedudukan yang sama. Namun, tinjauan di media sosial mendapati wargamaya merasakan Zii Jia bukanlah ‘the next Lee Chong Wei’ tetapi adalah jaguh sukan badminton baharu yang mampu membawa namanya sendiri.

Sememangnya Zii Jia berada pada kelasnya tersendiri, dan ia turut diakui oleh peminat sukan badminton tanah air. Tambahan lagi, bukan setakat pemain nombor dua dunia berjaya dikalahkannya, malah pemain nombor satu dunia dari Jepun, iaitu Kento Momota, juga berjaya ditewaskan Zii Jia dalam aksi suku akhir.

Kejayaan Zii Jia yang menghuni ranking ke-10 dunia itu menamatkan penantian selama empat tahun Malaysia bagi muncul juara perseorangan lelaki selepas kali terakhir dilakukan Datuk Lee Chong Wei pada 2017. Selaku juara Zii Jia membawa pulang hadiah wang tunai AS$59,500 (RM 244,344). Nampaknya seorang lagi lagenda negara berjaya dilahirkan. Jom kita terus berikan sokongan seperti mana kita berikan sokongan kepada lagenda-lagenda terdahulu. Malaysia Boleh!

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Fakta Seram Tentang Kubur ‘Vampire’ Yang Berjaya Ditemui!

Spectator Sukan – Sukan Tidak Popular, Tidak Diberikan Peruntukan Yang Sama?

 

 

 

 

Sumber berita: Berita Harian

Written by: Hamka Rosli


Previous post

VAR

Sukan

TMJ Gesa Saingan Liga Malaysia Gunakan Khidmat VAR

Prestasi kurang memberangsangkan pengadil Liga Malaysia baru-baru ini nyata menarik perhatian pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Menerusi laman media sosial Instagram Story miliknya, TMJ menggesa agar pengelola liga, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar mempertimbangkan penggunaan Video Assistance Referre (VAR). Sumber Gambar: Instagram Story TMJ Pengadil perlawanan antara Perak menentang JDT, Noor Azriel Baharudin dilihat... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today22 March 2021