Sejak kebelakangan ini ramai pengguna jalan raya meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan sikap segelintir penunggang basikal kerana tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Berikutan itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias mengeluarkan kenyataan bahawa penunggang basikal juga dimestikan mematuhi setiap aspek keselamatan yang ditetapkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Dalam pada masa yang sama juga, Dekan Fakulti Sains & Sukan UiTM Shah Alam, Prof Madya Dr Muhad Anizu Mohd Noor memberi beberapa cadangan ringkas bagi mengurangkan kemalangan jalan raya yang melibatkan basikal dan pacuan empat roda.
Antara cadangan untuk mementingkan keselamatan dalam bersukan adalah dengan cara…
- Jika mampu, bawa basikal menggunakan kereta untuk terus ke kawasan taman rekreasi.
- Tidak perlu berkayuh basikal di lebuhraya kerana terdapat taman yang telah disediakan.
- Digalakkan berkayuh di kawasan awam atau kawasan yang tidak mempunyai banyak kenderaan.
- Elakkan menunggang basikal di kawasan sekolah, pasar, lebuhraya sehingga memudararkan keselamatan diri dan orang lain.
