Kool FM

“Izinkan Saya Menguruskan Pasukan Kebangsaan” – TMJ Tawar Diri Pimpin Harimau Malaya

Siapa je yang tak nak tengok pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya melakar kemenangan bergaya di pentas antarabangsa. Bagaimanapun, beberapa perlawanan terdahulu dalam aksi Kelayakan Piala Dunia tampak mengecewakan apabila tidak mencatat sebarang kemenangan. 

Disebabkan kecewa, peminat bola sepak tanah air melemparkan pelbagai kritikan serta kecaman. Malaysia gagal mencapai sasaran untuk layak ke Piala Asia 2023 secara automatik setelah dibelasah 0-4 oleh UAE dan tewas 1-2 kepada Vietnam dalam aksi kedua yang berlangsung pada hari jumaat lepas.

Baca juga: TMJ Mainkan Peranan Penting Dalam Meyakinkan Dion Cools Untuk Memilih Malaysia

Dalam kekecohan yang membelenggu Harimau Malaya, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) turut serta dalam melontarkan pandangannya mengenai prestasi pasukan kebangsaan di Insta Story. Menurut kenyataanya di Instagram itu, TMJ menyatakan dia bersedia untuk memberi khidmat buat pasukan Harimau Malaya bagi membantu meningkatkan prestasi pasukan.

“Kepada Presiden FAM, izinkan saya menguruskan pasukan kebangsaan. Saya akan sediakan fasiliti latihan dan jurulatih yang terbaik.

Bagaimanapun, TMJ tidak menjanjikan kejayaan segera tetapi memberi jaminan akan membawa perubahan serta peningkatan dalam skuad kebangsaan. Sebelum menawarkan diri, TMJ berkongsikan beberapa fakta bagaimana pemain bola dalam pasukan JDT mampu bermain dengan lebih baik semasa bersama kelab berbanding bersama pasukan kebangsaan.

“Jawapannya ialah kepimpinan. Contoh, selepas 17 piala, pemain JDT bermain setiap perlawanan seolah-olah mereka tidak pernah menang apa-apa. Intensiti, disiplin dan fokus,” ujar TMJ.

Selain itu, TMJ juga menyifatkan panggilan ke kem latihan pusat skuad kebangsaan kali ini ibarat kem percutian musim panas, dan sistem tersebut perlu diubah agar pemain lebih fokus dalam meningkatkan prestasi masing-masing. 

Menyentuh tentang pemain naturalisasi negara juga, TMJ menyatakan pemilihan pemain naturalisasi perlu dikendalikan dan dianalisis oleh pasukan teknikal kebangsaan dan pemilihan tidak boleh dibuat secara ‘sebarang-sebarang’. Sama ada cadangan TMJ akan disambut oleh pihak yang sepatutnya ataupun tidak, kita nantikan update seterusnya. 

Baca juga: “Muka Iras Juliana Evans” – Semakin Pandai Bergaya, Fesyen Ciptaan Sendiri Anak Che Ta Buat Netizen Terhibur

Exit mobile version