
KUALA LUMPUR – Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) kini mengorak langkah baharu dengan mempelbagaikan perniagaan bagi mengurangkan kebergantungan kepada aktiviti berasaskan ahli, sejajar dengan perubahan ekonomi dan keperluan jangka panjang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Husaini Hassan berkata, sebelum ini koperasi itu banyak melibatkan aktiviti dalam kalangan ahli sahaja tetapi kebergantungan kepada satu segmen tidak boleh berterusan.
“Jadi, kami melihat keperluan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan agar koperasi kekal relevan, antara segmen baharu yang diberi tumpuan termasuk perkhidmatan ar-Rahnu, makanan dan minuman (F&B), hospitaliti serta penyelenggaraan bangunan sebagai usaha menjana pendapatan bukan teras,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis prebiu bufet Ramadan Citrine Hall, Wisma Golden Eagle Realty di sini baru-baru ini.

Selain itu, beliau menerangkan, Kopetro akan memfokuskan kepada usaha untuk menambahbaik kecekapan operasi dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: