Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kopi Kenangan difahamkan bakal memasuki pasaran Malaysia. Rangkaian kopi grab and go yang kini mempunyai lebih daripada 500 kedai di 32 bandar di Indonesia. Jenama lokal dari seberang ini juga telah berjaya memenangi pelbagai jenis anugerah antaranya adalah Brand of The Year dalam ketegori Cafe Chain dari Indonesia oleh The World Branding Awards 2020-2021.
Bagi anda yang tidak tahu, Kopi Kenangan baru-baru ini telah memperoleh AS$96 juta dalam pembiayaan Series C yang menjadikan jenama Indonesia ini mencapai status unicorn. Dipimpin oleh Tybourne Capital Management, pembiayaan itu telah membawa nilai Kopi Kenangan kepada lebih AS$10 bilion. Syarikat itu berkata dana yang dikumpul akan digunakan untuk melebarkan jenama baharunya, Cerita Roti, Chigo dan Kenangan Manis di seluruh Indonesia. Ia juga akan terus membina rangkaian Kopi Kenangan dan meluaskan jenamanya di peringkat antarabangsa,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
