KUALA LUMPUR – Malaysia bakal menanggung kos penghospitalan yang semakin bertambah pada masa depan ekoran kesedaran yang kurang dalam kalangan rakyatnya membuat pemeriksaan khususnya berkaitan dengan kadar kolesterol masing-masing.
Jumlah mereka yang mengetahui tahap kolesterol LDL tinggi masing-masing adalah sangat rendah iaitu kira-kira satu perempat (24.6 peratus) dan ada yang juga yang tidak tahu menahu tentang tahap status kesihatan mereka.
Pakar Perunding Kardiologi Kanan Pusat Perubatan Universiti Malaya, Datuk Dr. Wan Azman Wan Ahmad berkata, disebabkan masalah tersebut, jumlah pertambahan pesakit muda di negara kini begitu membimbangkan.
“Kami melihat permulaan kes penyakit kardiovaskular (CVD) yang lebih awal dengan purata umur pesakit daripada 56 hingga 59 tahun.

“Purata umur ini 10 tahun lebih muda berbanding di negara-negara maju. Apa yang kami bimbangkan adalah kira-kira 25 peratus daripada pesakit didiagnos dengan sistem koronari di bawah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: