Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KP Polis KL Ingatkan Hanya 2 Jenis Bunga Api Dibenarkan

today15 February 2026

Background
KP Polis KL Ingatkan Hanya 2 Jenis Bunga Api Dibenarkan


Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Fadil Marsus menyatakan hanya dua jenis bunga api diluluskan untuk musim perayaan.

Menurutnya, memiliki dan menggunakan bunga api yang tidak diluluskan adalah satu kesalahan, petik The Star.

“Hanya bunga api jenis ‘Pop Pop’ dan ‘Happy Boom’ sahaja yang dibenarkan kerana ia tidak mengandungi bahan berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad (15 Feb).

Walau bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa bunga api tersebut mestilah mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan permit berkaitan masih perlu diperolehi daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Komisioner Fadil berkata tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 terhadap mereka yang melanggar peraturan tersebut.

“Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membakar mercun atau bunga api melebihi waktu tengah malam,” katanya.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post