Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Kpah Sherman Penggempur Baharu Terengganu FC

today8 December 2021

Background
Kpah Sherman




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) hari ini mengumumkan kemasukan pemain import baharu dari Liberia, Kpah Sherman untuk memperkuatkan jentera serangan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Menurut kenyataan rasmi, Sherman telah menandatangani kontrak bersama TFC selama setahun dan dijangka akan berganding dengan Jordan Mintah di bahagian serangan.

Kpah Sherman bukanlah nama asing bagi peminat bola sepak tempatan kerana beliau sudah beraksi dalam Liga Malaysia sejak tahun 2017. Ketika bersama Kedah pada musim 2020 hingga 2021, beliau telah menjaringkan 19 gol dalam 28 penampilan.

“Kpah Sherman yang beraksi bersama pasukan Kedah Darul Aman FC bagi saingan musim lepas memutuskan untuk berhijrah ke pasukan ini atas beberapa faktor dan antara faktor utama adalah beliau melihatkan corak permainan pasukan Terengganu FC sangat bersesuaian dengan cara yang beliau bermain dan beliau…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman