PETALING JAYA – Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) sedang melaksanakan pelan penstrukturan semula aset pelaburannya untuk memenuhi keperluan tunai semasa dan merancang pendapatan mampan untuk jangka masa panjang.
Pengerusi KPF, Raja Faridah Raja Ahmad berkata, pihak lembaga pengarah dan pengurusannya telah merangka pelbagai inisiatif dan strategi untuk memastikan koperasi itu kekal relevan dalam memastikan dana anggotanya dan juga peneroka Felda diletakkan dalam aset pelaburan yang dapat memberi pulangan
serta kadar dividen yang lebih baik
“Pelan tindakan ini melibatkan penstrukturan semula aset pelaburan dan modal syer yang kini berjumlah RM4 bilion.
“Pelan tindakan ini juga akan memastikan aktiviti pelaburan dan perniagaan memberikan pulangan dividen yang kompetitif kepada anggota serta menyelesaikan isu pengeluaran syer anggota,” katanya.
Beliau berkata demikian pada mesyuarat agung tahunan (AGM)kali ke-43 koperasi tersebut di sini hari ini.
Selain itu, Raja…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
