Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan tambahan cuti sekolah sempena perayaan Deepavali 2025 yang jatuh pada Isnin, 20 Oktober ini.
Memetik Berita Harian, cuti tambahan pada Selasa (21 Oktober) dan Rabu (22 Oktober) membabitkan semua sekolah di seluruh negara kecuali Sarawak.
Baca Juga:
Cuti sekolah itu dibahagikan kepada dua kumpulan;
Kumpulan A
Sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bercuti pada 19 Oktober (Ahad) dan 21 Oktober (Selasa).
Kumpulan B
Sekolah di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan bercuti pada 21 Oktober (Selasa) dan 22 Oktober (Rabu).
Sementara Sarawak (Kumpulan B) pula akan bercuti sehari sahaja iaitu pada 20 Oktober (Isnin).
…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: