CYBERJAYA – Koperasi Pendidikan Malaysia Berhad (KPMB) memperuntukkan sebanyak RM15 juta sebagai dana pembiayaan pendidikan pada tahu ini untuk membantu 1,500 pelajar daripada golongan asnaf, anak yatim dan berpendapatan rendah (B40) melanjutkan pengajian dalam bidang keselamatan dan penyiasatan.
Peruntukan itu disalurkan menerusi kerjasama strategik antara KPMB dan Kolej Pengajian Keselamatan Penyiasatan Malaysia (KPKPM) sebagai usaha meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga.
Pengerusi KPMB, SAC (R) Datuk Shamsudin Mat berkata, inisiatif pemberian biasiswa itu adalah untuk memastikan lebih ramai pelajar berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
“Pendidikan adalah pelaburan jangka panjang negara. Melalui inisiatif ini, kita dapat menyediakan laluan pendidikan yang mampan, berdaya saing dan berorientasikan kebolehkerjaan,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar hari ini.

KPKPM menyediakan latihan berorientasikan industri,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: