Site icon Kool FM

KPT, Shopee lancar Siswa Mall


SHAH ALAM – Bagi mewujudkan lebih ramai usahawan dalam kalangan mahasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama platform e-dagang, Shopee melancarkan Program MoHE x Shopee: Siswa Mall di Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, program tersebut diwujudkan bagi mempergiat usaha pemba­ngunan program keusahawanan khususnya di institusi pengajian tinggi (IPT) dengan memperkasa elemen inovasi dan teknologi selari dengan perkembangan e-dagang, teknologi kewangan, data raya dan Internet of Things (IoT).

“Ini penting bagi memberi nilai tambah kepada pelajar dan pada masa yang sama, melahirkan graduan holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang.

“Berpandukan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021-2025, KPT merangka kerjasama strategik dengan Shopee Malaysia, antara syarikat e-dagang terkemuka di Malaysia untuk melaksanakan program ini,” katanya ketika berucap merasmikan program…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version