Setiap tahun, lebih 10 juta graduan di China melangkah keluar dari menara gading dengan satu impian: membina kerjaya yang stabil. Namun, realitinya tidak seindah skrol ijazah yang dipegang.
Di sebalik pasaran buruh yang semakin sesak dan kompetitif, muncul satu industri unik yang kini menjadi ‘penyelamat’ buat ratusan ribu pencari kerja muda—industri drama mikro.
Apa Itu Drama Mikro?

Jika anda sering melayari media sosial, anda pasti pernah ternampak drama pendek yang berdurasi hanya beberapa minit setiap episod.
Plotnya pantas, penuh dengan plot twist yang dramatik, dan biasanya berkisar tentang konflik keluarga atau kisah ‘CEO kaya’. Inilah yang dinamakan drama mikro, dan di China, ia bukan sekadar hiburan kosong tetapi sebuah empayar ekonomi baharu.
Talian Hayat Buat 2 Juta Pekerja
Menurut laporan terbaru daripada National School of Development, Universiti Peking, sektor ini dianggarkan telah menjana kira-kira…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: