Site icon Kool FM

Krisis Rusia, Ukraine ganggu proses pemulihan ekonomi


PETALING JAYA – Krisis antara Rusia dan Ukraine boleh menjejaskan pemulihan ekonomi negara, meskipun ada segelintir pihak berpandangan pertikai­an tersebut yang membawa kepada peningkatan harga minyak global mampu memanfaatkan Malaysia sebagai negara pengeluar.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, situasi perang yang melibatkan negara-negara kuasa besar seper­ti Amerika Syarikat dan Rusia adalah perkara yang sangat membimbangkan dan tidak membawa manfaat kepada semua.

Beliau ketika dihubungi semalam bagaimanapun mengakui buat masa ini, kesan utama krisis di Ukraine adalah peningkatan harga komoditi termasuk minyak mentah, minyak kelapa sawit dan gas asli cecair (LNG) yang merupakan antara eksport utama negara.

“Namun pada masa sama, keperluan bahan api atau petroleum tempatan adalah diimport, bererti kos subsidi minyak bakal meningkat.

“Selain itu, perdagangan an­tarabangsa merupakan kompo­nen utama Keluaran Dalam Negara…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version