
AirAsia mengumumkan pindaan pada polisi uniform anak kapalnya yang membenarkan kru wanita untuk memakai hijab ketika bertugas.
Langkah ini selari dengan budaya ‘people-first‘ AirAsia serta evolusi berterusan yang dibentuk melalui maklum balas kakitangan dan orang ramai.
Baca Juga:
“Salah satu kekuatan terbesar AirAsia sejak dulu ialah Allstars kami yang pelbagai dan berani bersuara. Apabila kru kabin kami membangkitkan perkara ini kepada pihak pengurusan, adalah penting untuk kami mendengar.
“Menghormati pandangan serta kepercayaan yang berbeza bukan sahaja sebahagian daripada budaya kami, malah itulah yang membentuk kejayaan kami selama ini. Begitulah cara kami berkembang: dengan berevolusi bersama, dipandu oleh suara warga kami,” kata Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A.
Kru kabin AirAsia sebelum ini sudah memakai hijab bagi operasi laluan tertentu, seperti Jeddah, di mana pemakaiannya diwajibkan oleh peraturan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
