Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

KTIP bernilai RM680 juta mula beroperasi tahun 2024

today6 March 2022

Background


KEMAMAN – Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.) melancarkan Taman Perindustrian Kertih Terengganu (KTIP) merupakan kompleks kilang penapisan bio generasi kedua terbesar di Asia.

Pengarah Eksekutif Terengganu Inc., Burhanuddin Hilmi Mohamed berkata, projek tersebut dibina di atas keluasan tanah 407 hektar dengan melibatkan pelaburan sehingga RM680 juta untuk fasa satu.

Menurut beliau, projek berkenaan dijangka beroperasi menjelang tahun 2024.

“Projek ini merupakan kerjasama antara Terengganu Inc. dan MGB Berhad (MGB),” katanya pada majlis pelancaran kilang tersebut yang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di sini hari ini.

Burhanuddin Hilmi menjelaskan, kedudukan KTIP strategik kerana berada di hab bioekonomi bersepadu melibatkan industri biopolimer dan produk kimia.

Tambah beliau, antara infrastruktur dan fasiliti sedia ada berhampiran KTIP ialah loji pemprosesan gas, loji penapisan minyak dan dua pelabuhan iaitu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MOHD AZLI ADLAN


Previous post