
Kertih Terengganu Industrial Park (KTIP) mencatat satu lagi pencapaian apabila menerima sokongan sebagai Taman Perindustrian Terurus atau Managed Industrial Park (MIP), sekali gus menjadi taman perindustrian pertama di Pantai Timur Malaysia yang menerima konsep berkenaan.
KTIP dibangunkan oleh MGB Berhad (MGB), syarikat pembinaan, pembangunan hartanah dan pengeluar Sistem Binaan Berindustri (IBS) konkrit pratuang serta anak syarikat LBS Bina Group Berhad.
Terletak di Kertih, Terengganu, taman perindustrian itu mempunyai keluasan kasar kira-kira 1,007 ekar dan menawarkan tempoh pegangan tanah selama 99 tahun.
Dengan lokasi strategik serta disokong infrastruktur dan jaringan hubungan sedia ada, KTIP dilihat mempunyai potensi untuk menarik pelaburan domestik dan antarabangsa ke Pantai Timur.
KTIP turut memperoleh kelulusan Kebenaran Merancang (KM) pada 2025, menandakan satu perkembangan penting dalam perancangan dan pembangunan taman perindustrian berkenaan.
Konsep MIP pula memberi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: