Kool FM

KTMB Sahkan Penganjur Acara Parti Dalam Tren Pinkfish Festival Patuhi Syarat


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan bahawa penganjur acara parti Pinkfish Festival telah mematuhi syarat sewaan ketika menganjurkan parti dalam gerabak KTM.

KTMB turut menyatakan bahawa mereka akan mempertingkat lagi serta menambah baik garis panduan sewaan tren khas atau Charter Train.

Ini berikutan kontroversi yang melanda baru baru ini apabila tren KTM disewa untuk menganjurkan acara parti Pinkfish Festival yang membuatkan KTMB mulai menjadi subjek kritikan.

KTMB menerima banyak kritikan kerana dianggap telah memberikan kebenaran untuk penganjur acara yang tidak selari dengan prinsip Malaysia Madani.

KTMB bagaimanapum menyatakan bahawa pihak penganjur parti tersebut telah mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh KTMB berdasarkan syarat sewaan tren khas.

Dipetik daripada Harian Metro, KTMB berkata: “KTMB telah menetapkan syarat-syarat seperti larangan merokok, alkohol, penggunaan dadah dan tidak melakukan perkara yang boleh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version