
Pada minggu lalu Keretaapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan melanjutkan masa operasi mereka kepada 24 jam selama empat hari sempena perayaan Thaipusam.
Lanjutan operasi itu bermula pada 30 Januari sehingga 2 Februari 2026.
Baca Juga:
Dalam satu hantaran terbaharu, KTMB mengumumkan penguatkuasaan koc wanita ditangguhkan sementara waktu bagi tempoh 4 hari 3 malam itu.
“Pelanggan yang dihormati, dimaklumkan bahawa sempena perayaan Thaipusam, penguatkuasaan Koc Wanita bagi perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang tidak akan dilaksanakan bermula 30 Januari hingga 2 Februari 2026.
“Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda,” kata KTMB.
Dalam pada itu, sempena cuti panjang Thaipusam, KTMB turut menawarkan tambang percuma buat pengguna KTM Komuter Lembah Klang selama dua hari iaitu pada 31 Januari dan 1 Februari 2026.
…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: