Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Kuala Kangsar BRM FC secara rasminya telah menarik diri dalam kempen MBSB Bank Championship 2023 selepas hanya mengharungi sembilan perlawanan liga setakat ini.
Artikel Berkaitan:
Perkembangan terkini yang nyata bukanlah berita yang positif itu telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi selepas beliau menerima surat makluman penarikan diri dari kelab yang berpengkalan di Kuala Kangsar itu.
Layak ke separuh akhir pada edisi 2022, BRM FC pada musim ini kelihatan bergelut untuk meneruskan rentak kecemerlangan mereka dan akhirnya terpaksa mengambil langkah drastik ini.
Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan kelab tersebut, sebab utama penarikan diri daripada saingan itu adalah berkait rapat dengan isu kewangan yang kian meruncing.
“Kuala Kangsar BRM FC (KK BRM FC) telah secara rasmi menarik diri dari saingan MBSB Bank Championship menerusi surat yang dihantar kepada AFL…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: