Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kuala Kangsar Muncul Juara B-18, LMS Dominasi Kategori B-12

today14 April 2026

Background
Ragbi


Debu di padang Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh menjadi saksi kehebatan pasukan ragbi Kuala Kangsar apabila mereka berjaya merangkul gelaran juara kategori Bawah 18 Tahun (B-18) dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak (MSSPK) 2026 yang berakhir pada Ahad lalu.

Dalam aksi final yang cukup sengit dan penuh emosi, Kuala Kangsar berjaya menundukkan cabaran hebat daripada pasukan Larut Matang & Selama (LMS) dengan keputusan 14-9.

Ragbi MSSPK 2026: Kuala Kangsar Muncul Juara B-18, LMS Dominasi Kategori B-12
Kredit Foto: MSSPK

Kunci utama kejayaan ini terletak pada gabungan pemain daripada gergasi ragbi yang berpangkalan di Kuala Kangsar iaitu Malay College Kuala Kangsar (MCKK) serta Maktab Rendah Sains Mara Sultan Azlan Shah (MRSM SAS).

Kinta Utara pula meraih tempat ketiga selepas menundukkan Hulu Perak 24-3.

Bagan Datuk muncul juara kategori Plate hasil kemenangan selesa 45-0 ke atas Kinta Selatan manakala kategori Bowl menjadi milik Kerian yang menewaskan Manjung 18-10.

Ragbi
Kredit Foto: MSSPK

LMS Ungguli Ragbi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post