Site icon Kool FM

Kuala Lumpur Antara Bandar Paling Murah Untuk Dikunjungi, Lapor Data


Kuala Lumpur disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 bandar paling murah di Asia untuk dikunjungi, menurut data daripada KAYAK.

Laporan ini disiarkan oleh majalah pelancongan yang berpangkalan di New York, Travel + Leisure, yang menyenaraikan Kuala Lumpur di kedudukan ke-8 dalam senarai tersebut.

Kedudukan ini ditentukan berdasarkan carian di KAYAK antara Januari dan Jun 2024 untuk perjalanan ke Asia antara Jun dan Disember 2024.

Data yang digunakan merangkumi purata tambang pergi balik kelas ekonomi dan kadar purata penginapan satu malam di bilik hotel.

Berikut adalah 10 bandar paling murah di Asia untuk anda bercuti:

  1. Taipei City, Taiwan
  2. Ho Chi Minh City, Vietnam
  3. Jakarta, Indonesia
  4. New Delhi, India
  5. Bangkok, Thailand
  6. Manila, Filipina
  7. Tokyo, Jepun
  8. Kuala Lumpur, Malaysia
  9. Hanoi, Vietnam
  10. Osaka, Jepun

Melalui senarai diatas, bandar-bandar di Asia Tenggara mendominasi senarai ini, dengan 6 daripada 10 bandar terletak di rantau ini.

Menurut laporan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version