Untuk mendapatkan tidur berkualiti, kita sememangnya perlu persekitaran yang gelap. Walaupun kita sudah bergelap di dalam rumah, kadang-kala pencemaran cahaya di luar juga boleh mengganggu suasana di ruangan tidur anda.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama Dennis Tan, dia meluahkan rasa tidak selesa apabila cahaya lampu papan iklan milik sebuah syarikat insurans di Johor Bahru terlalu terang hingga menganggu tidurnya.

Dia mendedahkan tinggal berhampiran Pusat Beli Belah Mid Valley South Key, Johor Bharu. Difahamkan, cahaya lampu berwarna merah itu dipancarkan daripada pusat beli belah berkenaan.
“Helo AIA Midvalley Johor Bahru, papan tanda anda terlalu terang. Sangat menganggu,” tulisnya menerusi hantaran itu.
Malah, Dennis turut memuat naik beberapa gambar sebagai bukti cahaya lampu milik syarikat berkenaan terlalu terang hingga menembusi ke bilik tidurnya walaupun sudah ditutup dengan tirai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
