Site icon Kool FM

Kuching City vs Selangor: Gergasi Merah Berpesta Gol

Kuching City Selangor


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Selangor berpesta jaringan di Stadium Negeri, Sarawak apabila mencatatkan kemenangan 5-0 ke atas Kuching City pada aksi kedua Liga Super Malaysia 2023, sebentar tadi.

Masih segar dengan kemenangan bertemu Kelantan United minggu lalu, anak buah Tan Cheng Hoe jelas sukar digugat meskipun beraksi di gelanggang lawan.

Ia jelas dibuktikan apabila Noor Al-Deen Mahmoud Ali Al Rawabdeh membuka tirai jaringan seawal minit keempat perlawanan.

Jaringan tersebut berpunca daripada hantaran dilakukan Hein Htet Aung dalam kawasan penalti yang tidak disia-siakan oleh pemain import kelahiran Jordan itu.

Kuching City mendapat peluang untuk mengikat kembali kedudukan tetapi percubaan daripada Muhammad Adam Shreen Tambi sekadar singgah di pintu gol Selangor.

Selangor melebarkan kedudukan pada minit kesembilan menerusi Ayron Del Valle Rodriguez selepas rembatan leret beliau setelah menerima hantaran daripada Brendan Gan berjaya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version