Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kucing Curi Ikan Jadi Asbab 7 Beranak Selamat Dari Kebakaran

today5 February 2026

Background
Kucing Curi Ikan Jadi Asbab 7 Beranak Selamat Dari Kebakaran


Tindakan luar biasa seekor kucing yang melarikan seekor ikan ke luar rumah berjaya menyelamatkan nyawa tujuh beranak dalam satu kebakaran membabitkan empat buah rumah di Kampung Solok Wan Moh, semalam.

Dalam kejadian tersebut, mangsa, Muhammad Norsham Bibin, 31, bersama isteri dan tiga anaknya sedang berada di dalam rumah apabila seekor kucing yang bukan peliharaan mereka tiba-tiba masuk dan mengambil ikan di atas meja.

Kucing itu kemudiannya membawa ikan tersebut keluar dan meninggalkannya begitu sahaja tanpa dimakan, seolah-olah cuba memberi isyarat tentang bahaya yang sedang berlaku.

Muhammad Norsham yang keluar untuk mengambil semula ikan tersebut terkejut apabila melihat kepulan asap tebal dari rumah bersebelahan, sekali gus membolehkan mereka sekeluarga menyelamatkan diri sebelum api merebak lapor Harian Metro.

“Saya cukup tersentuh dengan kelakuan kucing ini. Kebiasaannya, haiwan ini datang rumah dan tak pernah usik apa juga makanan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post