Menurut Rooaida, Baby hanyalah kucing baka biasa yang diambil dari jalanan dan dipeliharannya sehingga kini.
“Baby telah diberi pendedahan dan latihan sejak awal untuk berinteraksi di khalayak ramai, termasuk menyertai pelbagai pertunjukkan kucing tempatan.
“Saya dan suami kerap membawa Baby menyertai pertunjukkan dalam negara supaya dia lebih terbiasa dengan persekitaran ramai. Ini membantu memupuk sifat manja dan jinak dalam diri Baby,” katanya.
Difahamkan, ini adalah penyertaan kali kedua dan ternyata berbaloi apabila juri tertarik dengan keunikan Baby dan aspek-aspek lain yang memenuhi piawaian permarkahan.
“Ini adalah penghargaan terbaik diterimanya kerana Baby perlu bersaing dengan 1,500 ekor kucing lain yang turut menyertai pertunjukan itu.
“Bulu Baby yang cantik serta dandanan rapi disempurnakan sendiri Shaharudin turut menjadi faktor penarik kepada para juri dan penonton,” katanya.
Tambahnya, meskipun hanya kucing jalanan tanpa baka istimewa, perwatakan unik Baby memenuhi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: