
Ramai pemilik kucing pernah berdepan situasi sama — makanan dihidang penuh, tetapi yang dimakan hanya separuh.
Kebiasaannya, kita menganggap kucing sudah kenyang atau tidak lapar. Namun, satu kajian terbaru dari Jepun mendedahkan hakikat yang berbeza.
Menurut laporan oleh The Japan Times, penyelidik dan pakar mendapati bahawa faktor utama kucing meninggalkan makanan bukanlah kerana kenyang, tetapi disebabkan **rasa bosan terhadap bau makanan yang sama**.
Dalam kajian tersebut, beberapa ekor kucing diuji dengan jenis makanan yang sama secara berulang.
Hasilnya, selera makan mereka semakin berkurang apabila terdedah kepada bau yang sama untuk tempoh tertentu.
Namun, apabila bau atau variasi makanan diubah, selera mereka kembali meningkat dengan ketara.
Fenomena ini dikenali sebagai “sensory-specific satiety” atau keletihan deria — satu keadaan di mana minat terhadap sesuatu makanan menurun apabila ia tidak berubah. Ia boleh dikatakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: