Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Kuda Putih’ Baharu Bakal Di Lapangan, PDRM Pandu Uji 3 Model Harley-Davidson

today25 September 2026

Background
'Kuda Putih' Makin Berkuasa, PDRM Pandu Uji 3 Model Harley-Davidson


Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima tiga buah motosikal berkuasa tinggi model Harley-Davidson bagi tujuan pelaksanaan ujian Proof of Concept (PoC) dalam usaha memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan penguatkuasaan trafik.

Majlis penyerahan rasmi tersebut telah diadakan di premis Route 77 Motors Sdn. Bhd., Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah Route 77 Motors Sdn. Bhd., YBhg. Dato’ Omar Ali Abdullah kepada Pengarah JSPT, YDH CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah bin Ali.

Memetik kenyataan rasmi, inisiatif ini melibatkan tiga model terkini Harley-Davidson, iaitu:

1. 2026 Street Glide M8 117

2. 2026 Low Rider ST 117 High-Output

3. 2026 Pan America 1250 Special

Pihak Route 77 Motors Sdn. Bhd. menawarkan tempoh pelaksanaan PoC bermula 24 September 2026 sehingga 31 Disember 2026 tanpa sebarang obligasi kewangan atau komitmen pembelian…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post